page contents

Wednesday, January 27, 2016

Khazanah Resepi Masakan Tradisional Melayu Yang Mampu Memenuhi Citarasa selama 365 Hari

Resepi Masakan Tradisional Melayu untuk Hari ke 1

Mulai hari ini, selain daripada menyiarkan Lokasi Percutian dan Pengangkutan Sukacita ingin berkongsi Resepi Masakan Melayu Tradisional

Masakan Melayu Tradisional mempunyai Kelazatan tersendiri dan agar ianya tidak ditelan zaman, ingin Abadikan Resepi Tradisional Melayu didalam Blog ini untuk perkongsian bersama.

Untuk Hari Pertama Resepinya Adalah 

Sup Ayam Tradisional Melayu

Bahan 1

1 Ekor Ayam
4 Biji Ubi Kentang
1 Batang Lobak Merah
1 Pokok Daun Sup dan Daun Bawang
1 Sudu Teh Lada Hitam
Garam Secukup Rasa
Bawang Goreng
5 cawan Air



https://hsgemilang.blogspot.com
Bahan 1


























Bahan 2

5 Biji Bawang Merah
3 Ulas Bawang Putih
Seinci Halia
(Semua Bahan ini perlu Dihiris)

https://hsgemilang.blogspot.com
Bahan 2











Bahan 3

2 Kuntum Bunga Lawang
5 Kuntum Bunga Cengkih
2 Biji Buah Pelaga
1 inci Kulit Kayu Manis


https://hsgemilang.blogspot.com
Bahan 3


















Cara Memasak

1. Bersihkan Ayam Yang Telah Dipotong

2. Panaskan Minyak dan Masukkan Bahan 2 dan 3

3. Masukkan Ayam dan kacau semua bahan ini sehingga rata

4. Masukkan Ubi Kentang, Lobak Merah, Air dan Garam secukup rasa

5. Masak sehingga Ubi Kentang dan Lobak Merah menjadi Lembut

6. Masukkan ke dalam Mangkuk hidangan dan taburkan Bawang Goreng, Daun Sup dan Daun Bawang diatasnya.


https://hsgemilang.blogspot.com
Yummmyyyy.....


No comments:

Post a Comment

Package for Travel and Transport








Transportation Service
Maximum 10 Persons
Airport Pickup











Adsense

Adsense