page contents

Sunday, January 24, 2016

Antara 5 Sejarah Yang Tersimpan Disebalik Bangunan Kelab Ipoh DiRaja - Royal Ipoh Club

Ianya dibina pada tahun 1895, Kelab Ipoh DiRaja - Royal Ipoh Club kini telah melepasi usia 100 tahun.

Ia mungkin telah ditubuhkan lebih awal daripada tahun 1895 tetapi rekod sejarahnya telah hilang semasa pendudukan Jepun semasa Perang Dunia II.

Rumah kelab ini yang menyimpan pelbagai sejarah pada asalnya telah dibina untuk memenuhi keperluan pegawai-pegawai kolonial British yang berpangkalan di Ipoh.

https://hsgemilang.blogspot.com
Padang Ipoh pernah digunakan untuk permainan Kriket
oleh Pegawai British pada waktu dahulu


























Kegunaan Kelab ini pada waktu dahulu untuk memenuhi keperluan Pegawai-pegawai Kolonial British dimana ianya digunakan sebagai tempat untuk berkumpul dan bertukar-tukar maklumat.

https://hsgemilang.blogspot.com
Pemandangan dari bahagian belakang












Pada zaman penjajah, kelab ini hanya dibuka keahlian hanya untuk "Whites" yakni hanya untuk berkulit putih sahaja iaitu terdiri daripada Pegawai-pegawai kolonial British. Sultan Perak adalah individu yang pertama yang dijemput untuk menjadi ahli pada ketika itu,

Semasa Perang Dunia II, tentera Jepun menggunakan Bangunan ini sebagai pusat Dobi. Markas utama Tentera Jepun ketika itu hanya terletak bersebelahan iaitu Bangunan Sekolah St Michaels.

https://hsgemilang.blogspot.com
Pada bahagian belakang menghadap Padang Ipoh



















Hanya selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, semakin ramai rakyat Malaysia telah diterima sebagai ahli. Rakyat Malaysia pertama menjadi ahli Kelab adalah Eu Tong Sen, seorang pelombong bijih timah.
Selepas itu, Encik Lim Chen Chuan dipilih sebagai Presiden Kelab pada tahun 1959. Ia menandakan permulaan era baru dari Kelab Ipoh Diraja dengan rakyat Malaysia mengambil alih pucuk pimpinan.

Pada waktu ini, Sultan Perak adalah sebagai Penaung Diraja, dan ianya telah menjadi kebanggaan kepada semua ahli tanpa mengira bangsa dan agama.

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah & Permaisuri Tuanku Zara
















Kelab Ipoh DiRaja adalah salah satu Lokasi didalam program "Ipoh Heritage Walk".

Package for Travel and Transport








Transportation Service
Maximum 10 Persons
Airport Pickup











Adsense

Adsense