page contents

Thursday, October 29, 2015

Ipoh Town Hall 10 Perkara Yang Mungkin Anda Tidak Pernah Fikir Mengenainya

Ipoh Town Hall 1913 - 1916 Dewan Bandaraya Ipoh

Ipoh Town Hall Yang Menyimpan Sejarah daripada Awal Pembinaannya

Ipoh Town Hall adalah antara Lokasi yang terdapat didalam Pakej Ipoh Heritage Walk


Dewan Bandaraya Ipoh digunakan sebagai pusat pentadbiran Kerajaan pada zaman pemerintahan British.

Mengambil masa 3 tahun untuk disiapkan dan menjadi nadi dalam pentadbiran British kerana lokasi Bangunan ini berada di tengah pusat Pekan Lama, Ipoh.

https://hsgemilang.blogspot.my
Keadaan di sekeliling Ipoh Town Hall pada waktu dahulu

Salah satu Senibina yang unik bercirikan senibina asal Moghul dan diadunkan dengan Senibina Greek, Roman dan Renaissance serta tidak ketinggalan senibina Victorian yang masih mampu menambat hati kepada sesiapa yang melihat Ipoh Town Hall.

https://hsgemilang.blogspot.com
Senibina yang amat menarik perhatian

Pada tahun 13 April 1871, lahirnya seorang arkitek British yang telah berkhidmat sebagai Tentera dan telah dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan senibina Bangunan yang akan dijadikan pusat pemerintahan British.Arthur Benison Hubback atau lebih dikenali sebagai A.B Hubback menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 8 Mei 1948 dan pangkat terakhir yang disandang oleh beliau  adalah sebagai Brigadier General

https://hsgemilang.blogspot.com
Seorang Arkitek Yang Paling Berpengaruh

Diantara senibina Bangunan yang diilhamkan oleh Beliau yang terdapat di Kuala Lumpur
Merupakan seorang Arkitek yang paling dikenang oleh Sejarah kerana sebelum terhasilnya senibina Bangunan Ipoh Town Hall terdapat Bangunan lain yang begitu unik yang dihasilkannya disetiap tempat pemerintahan British termasuk Bangunan disekitar Ibu Negara iaitu Kuala Lumpur

https://hsgemilang.blogspot.com
Antara hasil kerja A.B Hubback yang terdapat di Kuala Lumpur

SOALAN ?

1. Apakah Topik Yang Diperkatakan Dalam Ruangan Ini ?

2. Mengapa Saya Perlu Membacanya ?


3. Apa Yang Saya Dapat Daripadanya ?


Anda masih mengikuti Post ini?


Ya, kita masih membicarakan tentang Bangunan yang kebiasaannya disebut oleh penduduk Ipoh sebagai Town Hall.Anda perlu tahu mengenai Bangunan yang menyimpan berbagai khazanah sejarah semenjak pemerintahan British sehingga Jepun menduduki Tanah Melayu.


https://hsgemilang.blogspot.my

Bergambar dihadapan Bangunan Ipoh Town Hall adalah satu kemestian kepada Pelancong.

10 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Ipoh Town Hall

1. Digunakan sepenuhnya oleh Pentadbiran Tentera British selepas ianya dibuka.


2.Terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian Pentadbiran berada dihadapan dan bahagian belakang digunakan sebagai Posts and Telegraphs.

3. Pada ketika itu, kebanyakkan Bangunan yang didirikan termasuk Ipoh Town Hall hanya digunakan oleh Pentadbiran Tentera British.

4. Terdapat lorong bawah tanah yang dibina menghubungi Bangunan Ipoh Town Hall dan Bangunan Mahkamah Tinggi Ipoh.

5. Lorong ini digunakan oleh Tentera British semasa kedatangan tentera Jepun.
(Artikel nombor 4 dan 5 masih menjadi buah mulut penduduk Ipoh kerana hanya orang tertentu yang mungkin mengetahui kedudukannya).

6. Selain daripada menjadi Bangunan Bersejarah, ianya boleh disewa oleh penduduk sekitar sekiranya ingin mengadakan Jamuan seperti Perkahwinan dan sebagainya.

7. A.B Hubback juga Arkitek untuk Bangunan KTM yang terletak berhadapan dan Bangunan pada sebelah kanan iaitu Mahkamah Tinggi Ipoh.

8. Antara Bangunan yang diiktiraf Kerajaan Negeri Perak sebagai Jejak Warisan Ipoh.

9. Tersenarai didalam program Ipoh Heritage Walk.

https://hsgemilang.blogspot.my
Simbol yang terdapat pada setiap Bangunan di Ipoh
yang diiktiraf sebagai lokasi Heritage Walk

10. Akhir sekali, satu kemestian antara Bangunan yang dilawati sekiranya Anda mengikuti Pakej Percutian oleh HS Gemilang

Ipoh Town Hall






Package for Travel and Transport








Transportation Service
Maximum 10 Persons
Airport Pickup











Adsense

Adsense